Sinopsis Dunia Generasi Baru

Mengisahkan enam remaja Norelle, Zuhal, Zahra, Rik, Siska dan Aman yang mempu­nyai pelbagai perangai dan kerenah. Segalanya disatukan dan disulam dengan nilai persahabatan yang pasti membuatkan penonton terhibur.[1] Norelle (Kaka Azraff) seorang gadis lincah dan keanak-anakan yang senang bergaul dan sering menjadi pendengar serta penasihat yang baik.

Disebabkan itu kadangkala Norelle terpaksa menghabiskan banyak masanya untuk menyelesaikan masalah orang di sekelilingnya. Aman (Erwin Dawson) pula sentiasa cuba berlagak ‘cool’ walaupun tindak-tanduknya selalu membuatkan orang lain salah faham. Seorang yang lucu dan gemar‚ mengadakan perbualannya dengan cara ‘rap’. Aman sebilik dengan Zuhal (Ben Amir) seorang jejaka tampan dan dimanjakan dengan kemewahan keluarganya. Walaupun Zuhal mudah marah, kedua-duanya adalah rakan karib. Rik (Fadlan Hazim) juga mempunyai kisahnya yang tersendiri dan agak misteri.

Zahra (Zahirah Macwilson), gadis manis dari keluarga yang sederhana. Dia mulanya bermusuh dengan Norelle, namun kemudian mereka berkawan baik. Begitu juga Siska (Natasha Elyzza) anak bintang rock yang cuba lari daripada perhatian ramai dan enggan menggunakan ayahnya sebagai kelebihan yang ada. Penuh dengan cabaran, enam remaja ini terpaksa berhadapan dengan masalah masing-masing dalam menempuh alam universiti dan mempertahankan persahabatan mereka. Namun tiada jalan mudah kerana semakin banyak konflik menimpa mereka.[2]

Disebalik sikap rakan-rakan perempuan yang penuh ragam, Norelle juga berdepan dengan rakan lelaki yang turut mempunyai masalah mereka tersendiri. Mereka terdiri daripada Aman yang licik dan gemar menipu ibu bapanya. Zuhal, anak orang berada yang ego dan  hidup bergantung dengan duit. Manakala Rik pula seorang kasanova hobinya suka bermain cinta. Sementara itu Zuhal telah membuat taruhan dengan Rik untuk memikat Zahra. Sekiranya Rik berjaya membuatkan Zahra jatuh cinta maka Rik akan dapat memiliki vespanya.